Dapatkan laporan PERCUMA! urutan zakar untuk panjang dan besar beserta satu laporan bonus. Sila isikan nama dan email anda di bawah. Selepas menghantar nama dan email anda sila semak inbox atau spam folder email untuk anda membuat pengaktifan. Anda boleh unsubscribe pada bila-bila masa.

Nama: Email :


14 Disember, 2009

Sapu Najis Untuk Hebat Diranjang

Baca tajuk di atas pun dah rasa jijik dan loya bukan. Akan tetapi ia bukanlah salah satu tip untuk memberikan kehebatan di ranjang yang di sarankan oleh Setubuh Malam Pertama. Ia adalah tajuk yang dikeluarkan oleh akhbar Harian Metro pada 26 November 2009 yang lalu. (Harian Metro memang selalu ada kisah-kisah sebegini hehehe).

Inilah penangan segelintir orang lelaki yang terlampau taksub untuk menjadi perkasa dan hebat apabila mengadakan hubungan seks. Akibatnya ada yang sanggup mengamalkan petua-petua yang tidak masuk akal serta tidak kurang juga menuntut ilmu yang bukan-bukan semata-mata ingin hebat dalam melakukan hubungan seks.

Perkara ini didedahkan oleh Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan Malaysia (Sidim), Mohamed Hanafi Abdul Malek dalam laporan Harian Metro terbabit. Menurutnya antara ilmu khurafat yang dipelajari oleh sesetengah lelaki ialah 'ilmu kepala tahi' yang memerlukan pengamalnya menyapu najis mereka sendiri kemuka selama 40 hari berturut-turut tanpa membasuhnya. Kemujaraban ilmu ini dikatakan akan dapat memberikan keupayaan kepada pengamalnya untuk bersetubuh berjam-jam lamanya. Namun dipercayai ilmu tersebut adalah khurafat dan biasanya didampingi jin atau iblis yang menyebabkan pengamalnya tidak pernah puas mengadakan hubungan seks.

Menurut beliau lagi dalam tersebut, pengamal ilmu terbabit tidak dapat mengawal nafsu mereka sehingga ada yang sanggup menyetubuhi anak gadis sendiri. Malah dalam laporan akhbar itu juga menceritakan kisah seorang doktor yang merogol enam pembantu rumahnya serta pembantu klinik yang bekerja dengannya.

Jelas ilmu yang karut marut ini amat bahaya. Memang menjadi keinginan seorang lelaki untuk menjadi gagah perkasa dalam hubungan seks. Tetapi seks yang di anjurkan oleh agama dan juga pada pandangan moral adalah seks dengan pasangan yang sah. Sudah pasti ada ilmu-ilmu tertentu yang boleh dipelajari untuk memuaskan kehendak seks kita dan pasangan tetapi bukanlah seperti 'ilmu kepala tahi' yang jelas menyimpang dan memburukkan keadaan.